awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
DUNIA
Trump ulangi desakan agar Pengerusi Fed Jerome Powell letak jawatan segera
MALAYSIA
Kilang kitar semula terbakar di Semenyih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Keputusan kes Kevin Morais, keadilan ditegakkan - JALSOA

Bernama
Bernama
02/07/2025
13:45 MYT
Keputusan kes Kevin Morais, keadilan ditegakkan - JALSOA
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Morais pada 2015. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman setimpal terhadap individu bertanggungjawab dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, memberi kelegaan amat mendalam sekali gus menjadi manifestasi keadilan ditegakkan, menurut Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).
JALSOA dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu bukan sahaja untuk mendiang Morais dan keluarga, tetapi untuk seluruh warga kehakiman dan perundangan yang menjunjung prinsip undang-undang tanpa kompromi.
"Kejadian tragis ini mengingatkan kita semua akan cabaran sebenar dihadapi pegawai undang-undang khususnya Timbalan Pendakwa Raya dalam menjalankan tugas demi menegakkan kebenaran dan keadilan walau berdepan risiko serta ancaman.
"Meskipun wujud kebimbangan insiden seumpama ini boleh berulang, pegawai undang-undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan kekal teguh dengan iltizam dan keyakinan serta tidak akan gentar atau berundur dalam usaha memastikan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
JALSOA turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas siasatan rapi dan komprehensif serta pasukan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara yang menjalankan amanah dengan penuh ketekunan, profesionalisme dan keberanian di setiap peringkat prosiding mahkamah.
"Buat mendiang Morais, walaupun perkenalan kita singkat, namun jasa dan semangatmu tetap hidup dalam ingatan serta prinsip yang kami pertahankan bersama. Keadilan telah ditegakkan dan legasimu kekal abadi," menurut kenyataan itu.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Morais pada 2015.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S.Ravi Chandran, 53.
Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.
Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana berusia lebih 50 tahun.
Hakim Tengku Maimun berkata hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana lelaki itu telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R.Dinishwaran, 32, A.K.Thinesh Kumar, 31, dan M. Vishwanath, 34, daripada pertuduhan berkenaan.
Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015 sebelum mayat mendiang ditemukan dalam tong dram diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, Selangor pada 16 Sept tahun sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Mahkamah Tinggi
#JALSOA
#hukuman setimpal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami