BANGKOK: Thailand menarik balik keputusan melonggarkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan semua taman awam, spa dan rumah urut akan terus ditutup untuk sekurang-kurangnya 14 hari lagi.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) brekata, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menangguhkan pembukaan semula perniagaan dan lokasi terpilih seperti klinik kecantikan, muzium, pusat pembelajaran, taman sains, galeri seni, tapak bersejarah, pusat tatu, salun kuku, klinik kecantikan dan pelansingan, taman botani dan bunga untuk dua minggu lagi.
Bagaimanapun tiada sebarang alasan diberikan berhubung penangguhan itu.
Ini adalah kali kedua CCSA menukar keputusan BMA. Awal tahun ini, CCSA melonggarkan keputusan BMA yang melarang orang ramai makan di restoran. Kini CCSA menarik balik keputusan BMA membuka semula beberapa tempat dan perniagaan terpilih.
Terdahalu, BMA mengumumkan akan melonggarkan sekatan bagi membolehkan beberapa sektor perniagaan dan tempat awam dibuka semula mulai hari ini (1 Jun) meskipun jumlah jangkitan baharu COVID-19 di bandar raya itu masih tinggi.
Bagaimanapun, sekolah, gim dan pusat hiburan masih ditutup sehingga 14 Jun.
BMA berkata pembukaan semula beberapa sektor perniagaan dan tempat awam itu melibatkan kawasan yang tidak mempunyai kluster jangkitan.
"Kelonggaran itu bertujuan untuk mengurangkan kesan kepada sektor perniagaan dan membolehkan orang ramai menjalankan perniagaan mereka dengan langkah-langkah pecegahan yang ketat," kata BMA.
Sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 5,485 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian, menjadikan jumlah jangkitan 159,792 dan 1,031 korban.
Bangkok mendahului senarai dengan kes tertinggi iaitu 1,356 kes.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata daripada 5,485 kes baharu, 2,270 melalui pengesanan kes aktif dan 1,953 lagi babitkan banduan.
Kes import pula sebanyak 57, katanya.
Mengenai kematian baharu, Apisamai berkata ia membabitkan 12 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 46 dan 88 tahun di Bangkok (12) dan masing-masing satu di Kanchanaburi, Chachoengsao, Chon Buri, Nakhon Ratchasima, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nonthaburi.
"Pihak berkuasa mengesan dua kluster baharu - kem pekerja pembinaan di Bang Na dan komuniti di Sathon, menjadikan jumlah kluster aktif di Bangkok kini sebanyak 45," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Katanya, pihak berkuasa kesihatan akan meningkatkan pengesanan kes aktif kepada 10,000 orang setiap hari terutama di kem pekerja binaan, pasar segar dan kilang di Bangkok.
"Kami berharap jangkitan di kawasan berisiko tinggi dapat dikawal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021
Sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 5,485 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian, menjadikan jumlah jangkitan 159,792 dan 1,031 korban. - Gambar fail/REUTERS
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.