awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
DUNIA
Trump ulangi desakan agar Pengerusi Fed Jerome Powell letak jawatan segera
MALAYSIA
Kilang kitar semula terbakar di Semenyih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SIRIM akan keluar sijil kelulusan bagi import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai

Bernama
Bernama
02/07/2025
14:40 MYT
SIRIM akan keluar sijil kelulusan bagi import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai
SIRIM Bhd telah diberi mandat untuk menjadi badan pemeriksa tunggal dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik ke Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2025. - Foto Facebook SIRIM
KUALA LUMPUR: SIRIM Bhd telah diberi mandat untuk menjadi badan pemeriksa tunggal dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik ke Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, dalam menggalakkan pertumbuhan hijau dan daya tahan iklim di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI, Malaysia telah meningkatkan usaha untuk mengawal selia import sisa plastik ke negara ini dengan lebih baik lagi.
"Berpandukan prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, Malaysia terbuka untuk mengeluarkan COA bagi pengimportan sisa plastik dengan syarat pengimport memenuhi semua syarat di bawah undang-undang Malaysia, dan pengeksport berasal dari atau merupakan warga negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Basel," katanya.
Kementerian itu berkata, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan import sisa atau terlibat dalam aktiviti import sisa secara haram.
"MITI juga kekal komited dalam memudahkan persekitaran perdagangan yang sah, bertanggungjawab dan mesra alam bagi menyokong matlamat sosioekonomi mampan Malaysia, sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan komitmen global pelbagai hala dalam melindungi alam sekitar," katanya.
Pengimport yang ingin membawa masuk sisa plastik ke negara ini boleh merujuk kepada garis panduan SIRIM bagi pengimportan dan pemeriksaan sisa plastik di laman berikut: https://www.sirim-qas.com.my/wp-content/uploads/2025/05/faq-importation-of-waste-plastic-1.pdf.
SIRIM, agensi di bawah MITI, adalah organisasi penyelidikan dan pembangunan kebangsaan untuk standard dan kualiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sirim
#sijil kelulusan
#COA
#sisa plastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami