DUNIA
COVID-19: Belanda umum perintah berkurung tiga minggu

Keadaan lengang di sebatang jalan ketika kerajaan mengenakan perintah berkurung di Amsterdam, Belanda, 26 Nov 2021. (Foto AP)
KERAJAAN Belanda mengumumkan perintah berkurung pada Jumaat di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara.
Perdana Menteri Sementara Mark Rutte berkata, semua kegiatan di negara itu akan ditutup dari 5 petang hingga 5 pagi di bawah peraturan semasa.
Bagaimanapun, sekolah dan universiti akan terus dibuka.
Sekatan baharu itu dijangka dikuat kuasa selama sekurang-kurangnya tiga minggu.Rutte berkata, penasihat telah menggesa kerajaan mengambil tindakan untuk mengurangkan bilangan kontak orang ramai sekurang-kurangnya 20 peratus.
Namun ketika pengumuman dilakukan, penunjuk perasaan mula melancarkan demonstrasi di jalan raya, membantah perintah berkurung ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami