Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, ahli politik dan pekerja Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memberi penghormatan kepada para petugas kesihatan (NHS) yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Johnson yang kembali bertugas pada Isnin selepas pulih dari jangkitan virus berkenaan turut disertai Canselor Perbendaharaan, Rishi Sunak.

Kakitangan NHS di seluruh negara juga berkabung bersama puluhan kakitangan lain dilihat berdiri di luar Hospital Royal Preston di Lancashire.

Lebih daripada 100 petugas barisan hadapan maut akibat koronavirus tersebut termasuk kakitangan perubatan dan pekerja pengangkutan.

Kerajaan UK dikritik selama penularan pandemik itu kerana didakwa lambat bertidak.

Sehingga kini, Britain menyaksikan 158,348 jangkitan baharu, dengan 21,157 kematian.