awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Januari 2026.
1. Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina
Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
2. Pengasas MAKNA Datuk Mohd Farid Ariffin meninggal dunia
Jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Kariah Labu Hilir, Kampung Labu Hilir, Negeri Sembilan pada 9.30 pagi Khamis.
3. Sekatan sementara Grok hanya ditarik balik jika isu kandungan diselesaikan sepenuhnya - Fahmi
Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok di aplikasi X hanya akan ditarik semula jika isu berkaitan penghasilan kandungan mudarat dapat diselesaikan sepenuhnya oleh pihak platform berkenaan.
4. ‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
5. Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai detik yang penuh emosi, selepas lebih dua tahun disingkirkan daripada parti.
6. Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
Seramai 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
7. Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang telah melepaskan jawatan sebagai Exco Negeri Melaka, namun mengekalkan jawatan parti untuk memberi tumpuan menentang DAP.
8. Kerajaan MADANI pastikan kebebasan berkarya terus dipelihara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan terus memastikan kebebasan berkarya dipelihara, agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Sumud Nusantara buka penyertaan sertai sukarelawan GSF 2.0
Gerakan Sumud Nusantara mengumumkan pembukaan penyertaan kepada orang ramai yang berminat untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0).
10. KSN seru tingkatkan komunikasi, kurangkan 'Bahasa Putrajaya'
Aspek komunikasi kerajaan perlu dipertingkatkan agar semua inisiatif dilaksanakan difahami sepenuhnya rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#kecerdasan buatan
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan