awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: CDC gesa pendekatan baharu tangani varian Delta

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2021
01:06 MYT
COVID-19: CDC gesa pendekatan baharu tangani varian Delta
Walaupun individu yang diberikan vaksin cenderung untuk tidak dijangkiti, namun apabila dijangkiti varian Delta, mereka boleh menjangkiti individu lain. - Foto fail/BERNAMA
PERANG melawan COVID-19 telah berubah akibat varian Delta yang mudah menular.
Sehubungan itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mahu mesej lebih jelas disampaikan.
Ini termasuk mewajibkan suntikan vaksin untuk pekerja kesihatan dan pemakaian pelitup muka.
Dokumen CDC menyatakan varian tersebut, yang pertama kali dikesan di India dan kini dominan di seluruh dunia, mudah menular sama seperti demam campak dan jauh lebih menular daripada selesema.
Varian Delta dapat ditularkan oleh individu yang telah diberikan vaksin dan menyebabkan penyakit lebih serius daripada varian COVID-19 sebelum ini.
Dokumen bertajuk 'Meningkatkan Komunikasi Mengenai Akses Vaksin dan Keberkesanan Vaksin' berkata, varian Delta memerlukan pendekatan baharu untuk membantu masyarakat memahami bahaya tersebut.
Ini termasuk menjelaskan bahawa individu yang tidak divaksin lebih 10 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat simptom lebih parah dan atau maut.
Dokumen itu turut mengakui perang kini telah berubah dan peningkatan komunikasi mengenai risiko adalah penting.
Langkah pencegahan yang disyorkan termasuk menjadikan vaksin wajib bagi golongan profesional penjagaan kesihatan untuk melindungi mereka yang berisiko dan kembali ke pemakaian pelitup muka secara universal.
Walaupun individu yang diberikan vaksin cenderung untuk tidak dijangkiti, namun apabila dijangkiti varian Delta, mereka boleh menjangkiti individu lain sama seperti individu yang tidak diberikan vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
#CDC
#Amerika Syarikat
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan