BEIJING: China mengenakan perintah berkurung semalaman di bandar perindustrian Shenyang yang menempatkan 9 juta penduduk.

Ia selepas bandar tersebut merekodkan lebih 4,000 kes baharu pada Selasa susulan strategi sifar COVID yang dikuatkuasakan susulan penularan Omicron.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan 4,770 kes baharu di seluruh negara.

Kebanyakan kes dilaporkan di wilayah Jilin selepas bandar Shenyang di kejiranan Liaoning diarahkan perintah berkurung pada lewat Isnin.

China bergerak pantas sejak beberapa minggu lepas dalam mengekang kluster baharu dengan menguat kuasakan perintah berkurung, ujian saringan besar-besaran dan penutupan industri.

Pihak berkuasa sudah memberi amaran akan berlaku risiko peningkatan perintah berkurung dalam usaha untuk mengimbangi krisis kesihatan dengan keperluan ekonomi.

Minggu lalu, Presiden Xi Jinping menekankan untuk meminimumkan impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara itu tetapi tetap menggesa untuk lakukan usaha sifar COVID.

Namun, Beijing melaporkan peningkatan kes drastik sehingga memaksa penggunaan katil terhadap mereka yang mengalami simptom ringan untuk tidak dirawat hospital.