awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Di Ecuador mayat bergelimpangan, New York tumpang kebumi di taman

Razak Chik
Razak Chik
07/04/2020
14:06 MYT
COVID-19: Di Ecuador mayat bergelimpangan, New York tumpang kebumi di taman
Ecuador hadapi masalah pengebumian setelah jumlah kematian tinggi akibat pandemik COVID-19, hinggakan mayat ditinggal bergelimpangan. - Reuters
DI KOTA Guayaquil, ramai hidup papa, manakala New York pula terkenal kaya raya.
Kedatangan wabak COVID-19 menjadikan kedua-dua tempat itu masing-masing berdepan masalah sama - terputus bekalan keranda dan masalah pengurusan mayat, lebih-lebih lagi pesakit virus korona.
Kadar kematian yang tinggi menyebabkan pengurus pengebumian tidak menang tangan di kedua-dua kota New York, Amerika Syarikat dan Guayaquil di Ecuador. Kedua-dua kota ini lokasi titik tumpu pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia bermula Disember lalu.
Ecuador yang yang bermaksud Khatulistiwa (equator dalam Bahasa Sepanyol) terletak di pantai barat benua Amerika Selatan bersempadan dengan Colombia, Peru dan Lautan Pasifik. Quito merupakan ibu kota Ecuador dan Guayaquil merupakan bandar kedua terpenting di negara Andes ini.
New York pula terkenal dengan kepadatan luar biasa, menampung penduduk seramai 8.4 juta dalam kota seluas 784 kilometer persegi.
Ecuador mencatat kes COVID-19 pertama pada hujung Februari lalu yang kini sudah meningkat kepada 3,747 kes dan melibatkan 191 kematian.
Pada awal bulan, penduduk bandar Guayaquil mula menghadapi masalah mayat yang tidak terurus akibat langkah kawalan pergerakan selain permintaan keranda yang bertambah tinggi.
Selain daripada pesakit yang mati akibat COVID-19 di hospital, terdapat 150 mayat sama ada tersimpan dalam rumah atau ditinggal terbiar di tepi jalan mereput beberapa hari. Kemungkinan ada dalam kalangan mayat itu merupakan kes mati akibat COVID-19 tanpa diketahui.
Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan bahaya kesihatan, malah menyesakkan nafas penduduk yang tidak tahan bau mayat mereput di bawah panahan cahaya matahari.
Di udara, burung pemakan bangkai (vultures) juga berlegar-legar, tertarik pada bau mayat yang bergelimpangan.
Kerumitan timbul apabila pengurus jenazah di Guayaquil hanya mampu membekal 40 buah keranda untuk keperluan tempatan pada satu-satu masa.
Ceritanya sama, tetapi sedikit berbeza di New York, yang berhadapan dengan kematian antara 500 hingga 600 akibat COVID-19 sehari.
Permintaan untuk acara pengebumian melebihi kemampuan pengurusan jenazah kerana kapasiti penyimpanan peti sejuk tidak mencukupi.
Bagi menampung permintaan yang mendadak, berpuluh-puluh lori peti sejuk beratur di luar hospital dan digunakan sebagai tempat simpanan mayat sementara sebelum diurus untuk pengebumian.
Keadaan ini menyebabkan pihak pentadbir mencadang pengebumian sementara di taman awam kota New York, namun menerima banyak tentangan.
Hart Island di Long Island Sound yang kebiasaannya diguna sebagai kubur awam bakal menjadi lokasi sebagai alternatif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ecuador
#Guayaquil
#hart island
#koronavirus
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan