DUNIA
COVID-19: Dikesan kontak rapat, Boris Johnson mula kuarantin kendiri

September lalu, Johnson pernah mengeluarkan amaran gelombang kedua COVID-19 di United Kingdom dan mengingatkan penduduknya agar terus mengamalkan penjarakan fizikal. - Gambar fail
PERDANA Menteri Britain Boris Johnson mula melakukan kuarantin kendiri pada Ahad selepas dikesan menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Johnson yang sebelum ini pernah dijangkiti virus itu pada April lalu, bagaimanapun, setakat ini tidak mengalami sebarang gejala.
Beliau tetap akan menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa dari Downing Street, tetapi secara dalam talian.
Berdasarkan satu kenyataan rasmi, Johnson dihubungi Sistem Pengesanan dan Ujian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) pada Ahad, selepas beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen pada Khamis, seorang daripadanya kemudiannya disahkan positif COVID-19.
Kenyataan yang dikeluarkan itu bagaimanapun tidak menyebut berapa lama Johnson akan menjalani kuarantin kendiri.
Berdasarkan garis panduan kesihatan ditetapkan Britain, seseorang yang dikesan menjadi kontak rapat perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
BACA: September lalu, Johnson pernah mengeluarkan amaran gelombang kedua COVID-19 di United Kingdom dan mengingatkan penduduknya agar terus mengamalkan penjarakan fizikal di sebalik berita gembira bahawa Pfizer berjaya menghasilkan vaksin yang berkesan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami