awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak

COVID-19: Disneyland Shanghai pendekkan waktu operasi

Faida Rahim
Faida Rahim
30/10/2022
04:15 MYT
COVID-19: Disneyland Shanghai pendekkan waktu operasi
Pihak Disneyland mengesahkan premis masih beroperasi namun dengan pengurangan kakitangan buat sementara waktu yang bakal memberi kesan kepada sesetengah tarikan, restoran dan kedai tertentu. -Sumber/disneyparks.disney.go.com
SHANGHAI: Pihak pengurusan taman tema Disneyland Shanghai mengambil keputusan memendekkan waktu operasi bermula Sabtu (29 Oktober) dalam mengekang kes penularan COVID-19 di negara itu.
Memetik laporan CNA, negara China mengenakan sekatan ketat dalam usaha membendung selepas kes COVID-19 mencatatkan peningkatan semula.
Dalam pada itu, pihak Disneyland mengesahkan premis masih beroperasi namun dengan pengurangan kakitangan buat sementara waktu yang bakal memberi kesan kepada sesetengah tarikan, restoran dan kedai tertentu.
Hotel Shanghai Disneyland, Disneytown dan Wishing Star Park akan beroperasi seperti biasa. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 200 juta orang di 28 bandar di seluruh China berdepan perintah berkurung, ujian calitan COVID-19 besar-besaran dan penutupan sektor ekonomi.
Kelmarin China mencatatkan 1,000 kes COVID-19 untuk hari ketiga berturut-turut, angka yang dianggap kecil berbanding standard negara lain.
Di Beijing, taman tema Universal Resort ditutup pada Rabu lalu selepas sekurang-kurangnya seorang pengunjung disahkan positif koronavirus.
Bandar Wuhan yang menjadi lokasi asal virus COVID-19, dikenakan perintah berkurung buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sejak pandemik bermula selepas jangkitan koronavirus dikesan.
Topic Berkaitan
#Disneyland
#Wuhan
#COVID-19
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.