awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: EMA lulus vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2021
22:51 MYT
COVID-19: EMA lulus vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun
EMA menyarankan penggunaan vaksin Pfizer dengan dua dos 10 mikrogram. - Foto fail/ETX Studio
AMSTERDAM: Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan Eropah (EMA) meluluskan penggunaan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia di antara lima ke 11 tahun.
Kelulusan ini membuka jalan kepada vaksinasi kanak-kanak ketika Eropah bergelut dengan peningkatan kes jangkitan.
EMA menyarankan penggunaan vaksin Pfizer dengan dua dos 10 mikrogram.
Suntikan ini digalakkan bagi tempoh tiga minggu berselang.
Kelulusan ini dibuat ketika Eropah sekali lagi menjadi pusat penularan pandemik.
Ia menyumbang 50 peratus kes baharu dan kematian setakat ini.
Proses vaksinasi kanak-kanak dan golongan muda disifatkan langkah kritikal menghentikan pandemik COVID-19.
Di Jerman dan Belanda, majoriti kes jangkitan melibatkan kanak-kanak.
Pfizer and BioNTech sebelum ini mendedahkan vaksin keluaran mereka menunjukkan keberkesanan lebih 90 peratus dalam ujian klinikal yang dijalankan.
Keputusan muktamad penggunaan Pfizer bagi kanak-kanak ini bagaimanapun tertakluk kepada kebenaran Suruhanjaya Eropah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan