awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2022
00:45 MYT
COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Dua wanita memakai pelitup muka ketika berada di sebuah taman permainan yang ditutup di Hong Kong pada Ahad 20 Mac 2022. -Gambar hiasan/AP
TERDAPAT pertambahan 1.37 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikah jumlah kes baharu yang direkodkan sehingga Selasa adalah sebanyak 473 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta serta 29 juta kes.
Negara yang melepasi angka 24 juta kes ialah Perancis, United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta.
Diikuti Malaysia 4 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.3 juta kes, manakala Singapura pula kini mencatat angka melebihi 1.03 juta kes.
Sementara itu, berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 16,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah ini merupakan antara jumlah kematian yang tertinggi pernah direkodkan.
Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.097 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 973,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 657,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 358,000 kes, sementara Mexico kini mencatat lebih 322,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 154,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 24,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#angka korban
#Johns Hopkins University
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan