awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2022
01:30 MYT
COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes. - Foto fail/REUTERS
TERDAPAT pertambahan 2.48 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikah jumlah kes baharu yang direkodkan adalah sebanyak 468 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta dan 29 juta kes.
Negara yang melepasi angka 24 juta kes ialah Perancis.
United Kingdom melebihi 20 juta, Rusia dan Jerman dengan 17 juta kes.
Manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta.
Diikuti Malaysia 3.9 juta kes, Filipina 3.6 juta kes, Thailand 3.3 juta kes, manakala Singapura pula kini memasuki angka melebihi sejuta kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 6,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.07 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 971,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 657,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 356,000 kes.
Sementara Mexico kini mencatat lebih 321,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 153,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#angka korban
#Johns Hopkins University
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan