GENEVA:Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik pengedaran bekalan vaksin COVID-19 yang disifatkannya sangat perlahan.

Katanya, hanya 10 negara yang sudah mencapai 75 peratus proses vaksinasi.

Serentak itu, Gutteres menggesa usaha global untuk memastikan semua orang di seluruh dunia mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Sehingga kini katanya, 130 negara masih belum menerima dos pertama vaksin dan menyifatkan pada saat genting ini, ekuiti vaksin adalah ujian moral terbesar sebelum masyarakat global.

“Pengedaran vaksin COVID-19 membawa harapan tetapi pada saat kritikal ini, ekuiti vaksin adalah ujian terbesar sebelum komuniti global.

"Kita perlu memastikan semua orang di semua tempat untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin,” jelasnya.

Pada masa sama, Guterres menyeru rancangan vaksinasi global yang mendesak untuk menyatukan mereka yang mempunyai kekuatan untuk memastikan pengedaran vaksin yang adil.

Ia termasuk para saintis, pengeluar vaksin dan mereka yang dapat membiayai usaha tersebut.