awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2024
02:40 MYT
Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
PBB tidak dapat menghantar sebarang bantuan ke utara Gaza yang mempunyai 70,000 individu berikutan halangan berulang konvoi kemanusiaan oleh rejim Zionis Israel. - Foto fail/AP
GENEVA: Sekumpulan besar wanita dan kanak-kanak mencari makanan di antara timbunan sampah di bahagian Semenanjung Gaza, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan lawatan ke Palestin.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB untuk Palestin, Ajith Sunghay menzahirkan kebimbangan mengenai tahap kelaparan walaupun agensi bantuan mempunyai pasukan di lapangan.
Katanya, memperolehi keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup bagi penduduk Gaza.
Sunghay berkata, PBB tidak dapat menghantar sebarang bantuan ke utara Gaza yang mempunyai 70,000 individu berikutan halangan berulang konvoi kemanusiaan oleh rejim Zionis Israel.
Sunghay melawat kem untuk rakyat Palestin yang terpaksa melarikan diri dari bahagian utara Gaza.
Mereka hidup dalam keadaan yang mengerikan dengan kekurangan makanan yang teruk dan sanitasi yang buruk.
Beliau menegaskan, bantuan kemanusiaan secara besar-besaran perlu dibenarkan masuk dan pihak berkuasa Israel dituntut untuk melakukan perkara itu.
Topic Berkaitan
#cari makanan
#Gaza
#timbunan sampah
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan