awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ho Chi Minh City umum perintah berkurung

Bernama
Bernama
26/07/2021
04:32 MYT
COVID-19: Ho Chi Minh City umum perintah berkurung
Sejak gelombang terbaharu melanda hujung April lalu, setakat Ahad bandar ini telah merekodkan 60,425 kes jangkitan COVID-19. - Foto REUTERS
HANOI: Ho Chi Minh City yang kini menjadi pusat penularan COVID-19 mengumumkan perintah berkurung pada Ahad di seluruh bandar bermula Isnin bagi membendung jangkitan wabak itu.
Menurut pihak berkuasa perbandaran, segala pergerakan dilarang bermula 6 petang hingga 6 pagi.
Semua aktiviti juga ditangguhkan sepanjang perintah berkurung kecuali melibatkan kecemasan perubatan atau berkaitan koordinasi COVID-19, lapor Xinhua memetik media tempatan VnExpress.
Ho Chi Minh City tertakluk kepada peraturan penjarakan sosial yang ketat sejak 9 Julai di bawah Arahan 16, merangkumi perintah duduk di rumah, larangan berhimpun melebihi dua orang dan penangguhan perkhidmatan pengangkutan awam.
Sejak gelombang terbaharu melanda hujung April lalu, setakat Ahad bandar ini telah merekodkan 60,425 kes jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ho Chi Minh City
#perintah berkurung
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan