awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka

Bernama
Bernama
02/01/2026
08:45 MYT
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
Permohonan dana pembiayaan itu terbuka kepada organisasi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan petugas yang memegang Kad Perakuan Media. - Foto FB Kementerian Komunikasi
KUALA LUMPUR: Permohonan Fasa 1 bagi Dana Inovasi Media yang bertujuan memperkasakan ekosistem media negara melalui adaptasi teknologi dan pembangunan bakat, dibuka bermula 1 hingga 14 Jan depan.
Kementerian Komunikasi menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, memaklumkan permohonan dana pembiayaan itu terbuka kepada organisasi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan petugas yang memegang Kad Perakuan Media.
"Pembiayaan merangkumi empat skop utama, iaitu latihan media untuk peningkatan kemahiran warga media dan teknologi yang merangkumi perisian serta adaptasi teknologi terkini.
Menurut kementerian itu, bagi skop latihan ia merangkumi latihan teknologi atau metodologi baharu, kos penganjuran atau penyertaan pekerja, manakala skop teknologi pula melibatkan pembiayaan bagi perisian audio, video, AI, automasi atau grafik yang menyokong penghasilan kandungan.
Borang permohonan kini boleh dimuat turun menerusi https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my.
Menurut hantaran itu, borang permohonan lengkap boleh dihantar menerusi serahan tangan kepada urus setia Dana Inovasi Media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya atau melalui e-mel [email protected] sebelum atau pada 14 Jan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Dana Inovasi Media Fasa 1
#kementerian komunikasi
#memperkasa ekosistem media negara
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan