Tiada haiwan ternakan yang akan diimport ke Singapura bagi tujuan ibadah korban tahun ini sempena Aidiladha berikutan situasi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, pihak masjid menawarkan khidmat korban bagi memudahkan umat Islam yang berhasrat melaksanakan ibadah itu, yang dijalankan di Australia, dagingnya kemudian dibekukan dan dihantar ke Singapura.
Masjid-masjid di republik itu kemudian akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daripada daging tersebut kepada keluarga berpendapatan rendah dalam komuniti.
Timbalan Mufti Singapura Mohd Murat Md Aris berkata apa yang penting di sebalik amalan korban adalah intipatinya, iaitu umat Islam melakukan ibadat korban sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatnya dan dilakukan dengan ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
"Melindungi komuniti daripada kemudaratan dalam konteks sekarang, adalah satu tanggungjawab dan pengorbanan yang besar, yang boleh dilakukan oleh umat Islam," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) situasi yang tidak menentu berikutan COVID-19 menyulitkan proses untuk mengimport haiwan ternakan ke Singapura dan juga untuk melaksanakan ibadat korban di masjid di republik berkenaan pada tahun ini.
"Ini memandangkan keadaan yang tidak menentu dalam tempoh dua bulan mendatang dan proses untuk mengimport haiwan ternakan, mengedarkan haiwan itu ke masjid dan menganjurkan penyembelihan di masjid memerlukan pelaksanaan yang teliti dan perancangan awal," menurut kenyataan tersebut.
Disebabkan keadaan itu, bagi sambutan Aidiladha pada tahun ini, masjid-masjid di Singapura akan menawarkan khidmat korban untuk memastikan umat Islam masih boleh melaksanakan ibadat korban tersebut dengan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Sempena Aidiladha tahun ini, masjid-masjid di Singapura akan menawarkan khidmat korban bagi memastikan umat Islam boleh melaksanakan ibadat tersebut dengan selamat. - Foto Facebook Masjid Sultan Singapore
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander