MUMBAI: Sekolah di India kembali dibuka secara berperingkat selepas wabak COVID-19 di negara itu dilihat kembali terkawal.

Sejak Isnin, pelajar sekolah rendah di bandar Maharashtra kembali ke bilik darjah untuk kali pertama sejak Mac lalu.

Bagi mengelakkan jangkitan kluster, sekolah hanya membenarkan separuh daripada pelajar datang setiap hari sebagai langkah pencegahan.

Walaupun menyedari risikonya agak tinggi, namun ramai ibu bapa mengalu-alukan pembukaan semula sekolah.

Kadar vaksinasi di India menunjukkan keberkesanan apabila lengkung jangkitan COVID-19 dilihat stabil selepas 70 peratus populasinya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Namun begitu, orang ramai tetap dinasihatkan tidak mengambil mudah terhadap wabak itu lebih-lebih lagi sambutan Deepavali bakal tiba tidak beberapa lama lagi.

Setakat Isnin, jumlah COVID-19 India meningkat kepada 33.8 juta selepas 20,799 lagi kes baharu disahkan.