Rombakan Kabinet perlu berani sentuh menteri dikritik hebat - Penganalisis

Dr Lau Zhe Wei berpendapat, Fadhlina menerima kritikan paling hebat berbanding menteri lain kerana kecaman terhadapnya datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. - Gambar fail/iium.edu.my
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, wajar menjadi antara nama yang digugurkan sekiranya rombakan kabinet dilakukan secara menyeluruh.
Ringkasan AI
- Fadhlina Sidek mungkin antara menteri yang digugurkan dalam rombakan kabinet menyeluruh, kata penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Kritikan terhadap Fadhlina datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, berbeza dengan kritikan kepada menteri lain seperti Nga Kor Ming atau menteri Melayu.
- Rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya bermakna jika menangani isu-isu utama yang menjadi kritikan rakyat, termasuk jawatan Menteri Kewangan yang dipegang oleh beliau sendiri.
"Memang ada menteri lain, contohnya Nga Kor Ming yang mendapat kritikan teruk daripada masyarakat Melayu. Ada juga Menteri Melayu yang mendapat kritikan daripada masyarakat lain. Tapi untuk Fadhlina, kritikan itu datang daripada hampir keseluruhan masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
"Erti kata lain kritikan lain, kalau memang nak buat rombakan Kabinet, rombakan dari segi ada orang yang dipecat, ada yang ditukar dan sebagainya, rombakan menyeluruh, Fadlina patut menjadi salah seorang yang perlu dipecat. Persoalannya, adakah beliau boleh dipecat oleh Perdana Menteri?," katanya dalam program Fokus Minggu Depan hari ini.
Tegas beliau lagi, rombakan Kabinet yang dikhabarkan akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya akan memberi makna jika ia menyentuh isu-isu utama yang menjadi kritikan rakyat.
Beliau turut menekankan isu jawatan Menteri Kewangan yang kini dipegang oleh Perdana Menteri sendiri.
Menurut beliau, sebelum Pilihan Raya ke 15, kerajaan terdahulu sering dikritik kerana Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan yang mana dalam Kerajaan MADANI, keadaan yang sama berulang dan sekiranya jawatan ini tidak dilepaskan, rombakan Kabinet tidak akan membawa makna besar kerana isu utama tidak disentuh.
Pada 1 Disember lalu, Anwar memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan melakukan rombakan Kabinet secara besar-besaran, sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan bagi beberapa jawatan Menteri.
Perdana Menteri berkata, ia berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


