awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: India atasi Brazil, kini negara kedua dengan kes jangkitan tertinggi

Agensi
Agensi
07/09/2020
10:14 MYT
COVID-19: India atasi Brazil, kini negara kedua dengan kes jangkitan tertinggi
India kini mempunyai hampir 70,000 kes lebih banyak daripada Brazil. - Foto AP
India mencatat 4.2 juta kes jangkitan COVID-19 setakat Isnin, sekali gus menjadi negara kedua dengan kes tertinggi, mengatasi Brazil di tempat ketiga.
Negara itu kini mempunyai hampir 70,000 kes lebih banyak daripada Brazil, yang setakat ini belum mengeluarkan angka rasmi pada Isnin.
India hari ini mencatat sebanyak 90,802 kes baharu positif COVID-19.
Amerika Syarikat, dengan lebih enam juta kes, masih negara paling teruk terjejas dengan pandemik tersebut.
Kematian di India bagaimanapun setakat ini masih rendah, dengan 1,016 kematian dicatatkan pada Isnin menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 71,642.
Walaupun mencatatkan peningkatan kes setiap hari, perintah berkurung tetap dilonggarkan.
Terbaharu, bar akan mula beroperasi hujung minggu ini di Delhi dan Karnataka.
Sistem kereta api metro di Delhi juga dibuka semula, selepas lebih lima bulan ditutup.
"Kami telah mengerahkan pasukan polis di setiap stesen metro untuk memastikan bahawa orang ramai memakai pelitup muka dan mengikuti norma-norma penjarakan sosial," kata Atul Katiya, Komisioner Polis kepada agensi berita India, ANI.
Sebelum krisis COVID-19, sistem kereta api itu membawa lebih 2.6 juta penumpang setiap hari.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brazil
#COVID-19
#India
#jangkitan
#kesihatan
#New Delhi
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan