NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 29,274,823 pada Jumaat, pertambahan 91,702 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, kata kementerian kesihatan persekutuan.

Selain itu, 3,403 kematian dilaporkan sejak pagi Khamis, menjadikan angka korban keseluruhan 363,079, lapor Xinhua.

Ini adalah hari keempat berturut-turut kes di seluruh negara dilaporkan di bawah 100,000, selepas mencecah lebih 400,000 kes selama beberapa hari pada April-Mei ketika negara dilanda gelombang kedua pandemik.

Sebanyak 1,121,671 kes aktif di India, penurunan 46,281 dalam tempoh 24 jam.

Secara keseluruhan seramai 27,790,073 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital iaitu pertambahan sebanyak 134,580.

-- BERNAMA