awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025

Bernama
Bernama
05/02/2026
14:15 MYT
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Dr Mohammed Taufiq berucap pada Majlis Penyampaian SHAKAM Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4.42 juta disalurkan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) melibatkan RM2.6 juta bagi penerima Sukan SEA 2025 dan RM1.475 juta untuk Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand.

Ringkasan AI
  • RM4.42 juta disalurkan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) untuk atlet Sukan SEA 2025 dan Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand.
  • Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menegaskan insentif itu sebagai penghargaan kepada atlet negara dan untuk dorongan prestasi lebih tinggi pada masa depan.
  • Persiapan awal perlu dilakukan untuk Sukan SEA 2027 di Malaysia, dengan kerjasama semua pihak termasuk penganjur, jurulatih, dan atlet.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata insentif itu antara usaha kerajaan menghargai sumbangan atlet negara supaya terus bersemangat dan berprestasi lebih tinggi pada masa depan.
"Ini adalah satu cara bagaimana kerajaan menghargai atlet-atlet kita supaya lebih bersemangat lagi supaya atlet kita dihargai dan ini bukan lah noktah tetapi permulaan untuk kita berjuang dengan lebih hebat lagi untuk temasya-temasya akan datang, khususnya pada 2026.
"Pada hari ini juga saya ingatkan bahawa pada 2027 kita akan menjadi hos untuk Sukan SEA, jadi persiapan yang rapi, persiapan yang hebat itu perlu dilakukan dari sekarang oleh semua pihak, bukan sahaja di pihak penganjur tetapi juga jurulatih, atlet dan semua pasukan-pasukan yang akan bertanding nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan insentif pada Majlis Penyampaian SHAKAM Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025 di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya Mordi Bimol, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Dr K Nagulendran dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MAN) Jefri Ngadirin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SHAKAM
#ASEAN
#Kementerian Belia dan Sukan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan