awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia catat 4,634 kes positif baharu, jumlah kematian kini lepasi angka 10,000

Bernama
Bernama
24/09/2020
10:11 MYT
COVID-19: Indonesia catat 4,634 kes positif baharu, jumlah kematian kini lepasi angka 10,000
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 66,731 kes, dengan tambahan 1,044 kes baharu. - Gambar fail/REUTERS
Indonesia mencatatkan 4,634 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 262,022 manakala sebanyak 110,910 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,105 orang.
Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 Sept lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 66,731 kes, dengan tambahan 1,044 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,062 orang, diikuti Jakarta (1,648), Jawa Tengah (1,359) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jumlah tertinggi
#kes baharu
#Pembatasan Sosial Berskala Besar
#PSBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan