JAKARTA:Indonesia mencatatkan sebanyak 3,874 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kini mencecah 275,213 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia pada Ahad, seramai 129,553 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Setakat jam 12 tengah hari Ahad, sebanyak 78 lagi kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian kumulatif sebanyak 10,386 orang.

Provinsi Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 70,441 kes termasuk 1,217 kes baharu yang direkodkan hari ini.

Sementara itu, Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,118 orang, diikuti Jakarta (1,686), Jawa Tengah (1,389) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.