WASHINGTON DC: Kemasukan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun ke hospital dengan COVID-19 di Amerika Syarikat melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini ke tahap tertinggi sejak wabak itu bermula.
Ini berdasarkan data kerajaan yang dikeluarkan pada Jumaat mengenai satu-satunya kumpulan umur yang belum layak untuk mendapatkan vaksin itu.
Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Rochelle Walensky berkata, trend membimbangkan itu menggariskan keperluan untuk mereka yang layak mendapat vaksin untuk segera mendapatkannya bagi melindungi orang di sekeliling.
"Kadar kemasukan ke hospital telah meningkat untuk semua peringkat umur. Dan sementara kanak-kanak masih mempunyai kadar kemasukan ke hospital paling rendah berbanding mana-mana kumpulan, kemasukan ke hospital kanak-kanak berada pada kadar tertinggi berbanding sebelum wabak ini.
"Kami masih mempelajari lebih lanjut tentang keburukan Omicron terhadap kanak-kanak dan sama ada peningkatan ini mencerminkan beban penyakit yang lebih besar dalam komuniti, atau kadar vaksinasi yang lebih rendah untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ini," katanya.
Menurut data CDC, kadar kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun ini telah melonjak kepada lebih 4 dalam 100,000, meningkat daripada 2.5 setiap 100,000.
Itu dibandingkan dengan kadar semasa kira-kira 1 setiap 100,000 untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 tahun.
Beliau menyatakan hanya lebih 50 peratus kanak-kanak berusia antara 12 hingga 18 tahun telah diberi vaksin sepenuhnya dan hanya 16 peratus daripada mereka yang berusia antara 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin sepenuhnya.
Sehingga Selasa, purata bilangan kanak-kanak dan remaja yang dimasukkan ke hospital setiap hari dengan COVID-19 adalah 766, dua kali ganda daripada angka yang dilaporkan dua minggu lalu.
Astro Awani
Sat Jan 08 2022
Kadar kemasukan ke hospital telah meningkat untuk semua peringkat umur. - Foto fail/BERNAMA
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.