JUMLAH keseluruhan kes positif COVID-19 kini melepasi angka 4.7 juta.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan 100,000 kes positif COVID-19 di seluruh dunia.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan kumulatif 1.46 juta.


Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 kini melepasi angka 4.7 juta di seluruh dunia.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 iaitu Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Sementara itu, kes kematian di Brazil terus meningkat mendadak dengan kes positif harian melebihi 13,000 dengan kumulatif 235,000 kes serta kini melepasi Sepanyol dan Itali.

Empat negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki dan Iran.

Sementara itu, India dan Peru merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 95,000 dan 92,000 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.7 juta kes.