awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kehidupan kembali normal di bandar kecil Brazil susulan kempen vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2021
02:07 MYT
COVID-19: Kehidupan kembali normal di bandar kecil Brazil susulan kempen vaksinasi
Kehidupan di sebuah bandar kecil di Sao Paulo, Brazil dilaporkan hampir kembali normal. -AP
SAO PAULO: Kehidupan di sebuah bandar kecil di Sao Paulo, Brazil dilaporkan hampir kembali normal.
Ia susulan kempen vaksinasi yang dikenali sebagai 'Project S' yang melibatkan 98 peratus populasi orang dewasa di Serrana menerima suntikan vaksin Sinovac di antara Februari dan April.
Kini, keberkesanan vaksin itu terbukti dari semasa ke semasa.
Ini kerana, hospital di Serrana yang sebelum ini menerima kes positif COVID-19 berkurangan dengan kebanyakan kes yang diterima kini melibatkan penyakit lain.
Malah jumlah pesakit yang mengalami komplikasi akibat COVID-19 juga berkurangan.
Walaupun program vaksinasi besar-besaran dilaporkan sudah selesai di bandar itu, namun lebih banyak kajian dan kerja-kerja berkaitan perlu dilakukan.
Kajian lanjut termasuk tertumpu kepada keadaan semasa mereka yang menerima suntikan vaksin bagi jangka masa panjang dan membantu mencari jalan penyelesaian dalam menghentikan penularan COVID-19.
Projek itu sebelum ini berdepan kesukaran apabila berita palsu tersebar luas sehingga menjejaskan proses inokulasi di bandar tersebut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#Serrana
#berita palsu
#kes positif
#Brazil
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan