Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen

Senjata api berserta amunisi yang dirampas daripada tiga individu dalam serbuan di rumah di daerah Jasin petang semalam. -Foto Sinar Harian/PDRM
JASIN: Polis menahan tiga individu dan merampas sepucuk senjata api bersama amunisi dalam serbuan di sebuah rumah di daerah ini, petang semalam.
Ringkasan AI
- Polis menahan tiga individu dan merampas senjata api berserta amunisi dalam serbuan di rumah di daerah Jasin petang semalam.
- Dua lelaki berusia 54 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 22 tahun ditahan, dengan lelaki tersebut mempunyai rekod lampau kes jenayah dan dadah.
- Senjata api jenis shotgun, penghadang tangan, peluru, dan kelongsong peluru dirampas; kesemua suspek direman selama tiga hari bagi siasatan lanjut.
"Turut ditemukan ialah senjata api dan amunisi yang diletakkan di atas sebuah meja di bawah garaj rumah terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, semakan lanjut mendapati kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing mempunyai tiga dan tujuh rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah, manakala wanita terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Lee berkata antara barangan yang dirampas ialah selaras senjata api jenis shotgun berwarna coklat, satu unit penghadang tangan senjata api jenis shotgun serta satu unit tali pinggang peluru.
"Selain itu, polis turut merampas 10 butir kelongsong peluru jenis 12 bore berwarna putih, masing-masing satu butir kelongsong peluru jenis 12 bore berwarna merah, hijau dan coklat, serta satu unit sarung senjata api," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 7 Jan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan individu yang ditahan oleh polis dalam serbuan di Jasin baru-baru ini? A: Polis menahan tiga individu dalam serbuan di Jasin, iaitu dua lelaki berusia 54 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 22 tahun.
- Q: Apakah senjata api yang dirampas oleh polis semasa serbuan tersebut? A: Polis merampas sepucuk senjata api jenis shotgun berserta amunisi yang diletakkan di atas sebuah meja di bawah garaj rumah terbabit.
- Q: Apakah rekod lampau kedua-dua lelaki yang ditahan itu? A: Kedua-dua lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau masing-masing tiga dan tujuh kes jenayah dan dadah.
- Q: Apa tindakan yang diambil terhadap ketiga-tiga suspek yang ditahan? A: Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bermula dari hari ini hingga 7 Januari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
- Q: Apakah barangan lain yang turut dirampas oleh polis selain daripada senjata api dan amunisi? A: Selain senjata api dan amunisi, polis turut merampas kelongsong peluru jenis 12 bore berwarna putih, merah, hijau, dan coklat, serta satu unit sarung senjata api dalam serbuan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

