awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin

Agensi
Agensi
07/03/2021
13:46 MYT
COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Menjelang Isnin, setiap pelajar sekolah mahupun universiti akan kembali memulakan pembelajaran secara bersemuka selepas beberapa bulan. - Reuters
LONDON: Tindakan melonggarkan sekatan pergerakan di United Kingdom (UK) secara berperingkat dimulakan dengan pembukaan sekolah dan universiti pada Isnin.
Perdana Menteri, Boris Johnson bagaimanapun memaklumkan, orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan berjaga-jaga agar sekatan sedemikian tidak lagi perlu dilaksanakan selepas ini.
Menjelang Isnin, pelajar sekolah mahupun universiti akan kembali memulakan pembelajaran secara bersemuka selepas beberapa bulan.
Namun, pembukaan sekolah itu tidak diterima baik semua pihak apabila National Education Union menyatakan kerajaan UK tidak menyediakan SOP yang baik sebelum sekolah dibuka.
Ia berikutan semua pelajar perlu kembali ke sekolah dan kehadiran adalah diwajibkan.
Dalam pada itu, pelajar sekolah menengah diwajibkan untuk membuat ujian saringan seminggu awal sebelum sesi persekolahan dan perlu dikuarantin jika didapati bergejala.
Kelonggaran pertama di England membabitkan kanak-kanak yang dibenarkan kembali ke sekolah dan aktiviti sosial di luar rumah juga diizinkan bermula 8 Mac.
Sekolah dibuka hanya untuk murid yang ibu bapa bekerja sejak 5 Januari, dengan semua murid lain belajar di rumah.
Pada 29 Mac, aktiviti bersosial berkumpulan di luar rumah dibenarkan untuk maksimum enam orang, atau membabitkan individu dari dua isi rumah.
Sukan luar juga dibenarkan untuk disambung semula mulai 29 Mac.
Mankala restoran, pub, gimnasium dan salun pendandan rambut dijangka ditutup sekurang-kurangnya sehingga April.
Topic Berkaitan
#England
#United Kingdom
#SOP
#Perdana Menteri
#sekolah
#pelajar
#Kanak-kanak
#kerajaan
#Boris Johnson
#ujian saringan
#COVID-19
#operasi
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan