PHNOM PENH: Kemboja pada Isnin melaporkan 556 lagi kes harian COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 25,761, lapor Xinhua.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata 540 kes babitkan penularan tempatan sejak gelombang ketiga melanda pada 20 Februari lalu dan sebanyak 16 lagi adalah kes import.

Seramai 658 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan 18,359 manakala jumlah korban meningkat kepada 179 orang selepas tiga lagi kematian baharu dilaporkan.

Kemboja memulakan program vaksinasi pada 10 Februari.

Setiausaha dan jurucakap kementerian, Or Vandine berkata setakat ini, 2.27 juta daripada 10 juta penduduk sudah divaksin.

-- BERNAMA