JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 243,982,539, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45,516,139 kes.
Ini diikuti India dengan 34,189,774 kes dan Brazil (21,729,763).
United Kingdom kini mencatat 8,850,909 kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara dengan lebih 8 juta kes direkodkan.
Perancis dan Turki pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina dan Sepanyol merekodkan angka melebihi 5 juta, diikuti Colombia yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan 4,240,479 kes.
Ini diikuti Filipina dengan 2,761,307, Malaysia (2,436,498) dan Thailand (1,859,157), manakala Singapura mencatatkan 175,818 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini makin menghampiri 5 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 736,942, menjadikan angka korban global akibat virus itu kini mencecah 4,953,260.
Ini diikuti Brazil dengan 605,644 kes kematian, India (454,712), Mexico (286,346) dan Rusia (227,506).
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 143,235 korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan 41,942, diikuti Malaysia dengan 28,492 kes, manakala Thailand dengan 18,799 kes.
Astro Awani
Mon Oct 25 2021
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45,516,139 kes positif dan 736,942 kematian. - Gambar fail
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Hari Luka Palestin: Lebih 72,000 kecederaan dalam tempoh lima bulan
Angka kecederaan kalangan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Okt lepas.
8,900 wanita Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas.
Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel melepasi 30,000
Kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.
Seorang maut, kereta rempuh pelancong di Jepun
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pelancong di bandar Nara barat Jepun, Sputnik memetik laporan media Jepun.
31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia
Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy pada Ahad.
Angka korban di Gaza terus meningkat, kini cecah 29,692 orang
Seramai 86 lagi rakyat Palestin maut manakala 131 cedera di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lepas.
Korban serangan Israel di Gaza cecah 29,600 orang
Serangan Israel di Gaza menyebabkan lebih 29,600 penduduk Palestin maut, termasuk 92 dibunuh dalam 24 jam terakhir.
Jumlah kanak-kanak, wanita maut di Gaza enam kali ganda berbanding mangsa perang Rusia-Ukraine
Serangan itu telah mengorbankan 29,410 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 12,660 kanak-kanak dan 8,570 wanita.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.