awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global 264.7 juta, angka korban 5.24 juta

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2021
23:18 MYT
COVID-19: Kes positif global 264.7 juta, angka korban 5.24 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 48.9 juta kes positif dan 786,000 kematian akibat COVID-19. - Gambar fail REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 264.7 juta, berikutan 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.
United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 267,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.24 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 786,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 470,000 kes dan Mexico lebih 294,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 273,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes. Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#Johns Hopkins University
#kes positif
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan