Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan

Bad Cop' mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah jalanan, bertukar identiti dengan kembar yang berprofesi sebagai Inspektor Polis. -Foto Gempak
SAKSIKAN permulaan kisah yang penuh kejutan dalam episod pertama drama siri Astro Original, ‘Bad Cop’, sebuah drama aksi penuh emosi dan konflik jiwa.
Ringkasan AI
- Episod pertama drama siri Astro Original 'Bad Cop' mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah jalanan, bertukar identiti dengan kembar yang berprofesi sebagai Inspektor Polis.
- Imar Khalid, Inspektor Polis yang tegas, terluka parah dalam kekacauan, memaksa Emir mengambil alih identitinya untuk melindungi keluarga daripada ancaman sindiket dadah.
- Emir, yang seumur hidupnya melarikan diri daripada polis, kini terpaksa berperanan sebagai seorang polis dan menghadapi cabaran menyelami kehidupan abangnya yang baru meninggal dunia.
Dalam kekacauan tembak-menembak itu, Emir tidak menyangka dia akan bertembung dengan seseorang yang tidak pernah dijangka — kembar yang telah lama terpisah, Imar Khalid, seorang Inspektor Polis yang tegas dan berdedikasi.
Detik Tragis yang Menghantui
Perjumpaan yang singkat itu bertukar menjadi mimpi ngeri. Dalam usaha menyelamatkan Emir daripada ditembak, Imar terkena tembakan dan cedera parah.
Menyedari ajalnya semakin hampir dan polis semakin mengerumuni lokasi, Imar tahu Emir akan ditangkap… atau mungkin dibunuh.
Dengan sisa kudrat terakhir, Imar menyerahkan kad kuasa serta lencananya kepada Emir. Dia merayu agar Emir mengambil alih identitinya — bukan sahaja untuk menyelamatkan diri, tetapi untuk melindungi keluarganya daripada dendam Tony Redza yang pasti tidak berkesudahan.
Pertukaran Takdir
Episod pertama berakhir dengan sebuah kesedaran yang mengerikan — lahirlah premis ‘Bad Cop’. Emir, seorang penjenayah yang seumur hidupnya melarikan diri daripada polis, kini terpaksa melangkah masuk ke balai sebagai wira mereka.
Dia perlu mempelajari sikap, personaliti dan kehidupan seorang abang yang sudah lama tidak ditemuinya.
Lebih memilukan, Emir kini tinggal di rumah lelaki yang baru sahaja mati di hadapannya… sambil memikul rahsia yang mampu menghancurkan segala-galanya.
Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaharu, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.
Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran. -Gempak
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah intipati episod pertama drama 'Bad Cop' yang membezakan Emir Khalid dan Imar Khalid? A: Emir, seorang penjenayah jalanan, bertukar identiti dengan kembar yang merupakan seorang Inspektor Polis dalam keadaan yang tragis.
- Q: Mengapakah Emir terpaksa mengambil alih identiti Imar dalam drama ini? A: Emir mengambil alih identiti Imar untuk melindungi keluarganya daripada ancaman sindiket dadah selepas Imar terluka dalam kejadian tragis.
- Q: Bila siri 'Bad Cop' mula ditayangkan dan siapakah individu yang terlibat dalam penghasilannya? A: 'Bad Cop' mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra, dan Astro Ria, diarahkan oleh Jason Chong dan dihasilkan oleh Kavivarmen Vigneswaran.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

