JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 417 juta.

Ini berikutan lebih 1.7 juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global kini mencecah 417,094,312.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.

Ini diikuti India dengan 42 juta kes dan Brazil dengan hampir 27 juta kes.

Negara yang mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 melebihi angka 21 juta ialah Perancis (22,130,262), sementara yang melebihi 11 juta ialah United Kingdom (18,575,685), Rusia (14,445,698), Turki (13,173,859), Jerman (12,926,928) dan Itali (12,265,343).

Manakala Sepanyol lebih 10 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.9 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 3.6 juta, Malaysia lebih 3 juta kes, Thailand 3.08 juta kes, manakala Singapura merekodkan 514,880 kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.87 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 928,034 kes kematian setakat ini.

Ini diikuti Brazil dengan 640,076 kes, India 509,872 kes, Rusia 335,521 kes manakala Mexico 313,608 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian, sementara Sepanyol 97,350.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua angka korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes dan Thailand, 22,000.