Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat

Sebuah kilang makanan sejuk beku di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong terbakar awal pagi Rabu dengan kira-kira 80 peratus bangunan musnah. - Gambar JBPM Selangor
PUCHONG : Sebuah kilang makanan sejuk beku di Taman Perindustrian Maju Jaya di sini terbakar awal pagi Rabu dengan kira-kira 80 peratus bangunan musnah.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.14 pagi.
Menurut beliau, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba di lokasi 10 minit kemudian.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang frozen berkeluasan anggaran 297.29 meter persegi dan kira-kira 80 peratus bangunan terbakar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Ahmad Mukhlis memberitahu, punca kejadian masih dalam siasatan.
Katanya, seramai 32 anggota dengan kekuatan beberapa jentera dikerahkan bagi operasi pemadaman yang masih dijalankan setakat pukul 10 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


