JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di peringkat global kini sebanyak 43,885,408.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8,773,407 kes.

Ini diikuti India dengan 7,946,429 kes dan Brazil 5,439,641 kes.

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Columbia pula melepasi 1 juta kes.

Negara yang melepasi angka setengah juta adalah United Kingdom, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Itali dan Chile.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Jerman, Iraq,  Bangladesh, Indonesia, Filipina, Turki, Ukraine, Arab Saudi, Pakistan, Belgium, Israel dan Belanda.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Ecuador, Nepal, Bolivia, Qatar, Panama, Uae, Republik Domnican,  Kuwait, Portugal, Switzerland, Oman, Sweden, Kazakstan, Mesir, Guatemala dan Costa Rica.

Terdapat juga beberapa negara lain yang masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu, statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan, jumlah yang maut akibat COVID-19 di seluruh kini mencecah 1,165,379 juta kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 226,604 kes, diikuti Brazil 157,946 dan India 119,502.

Mexico merekodkan 89,171 kes kematian manakala angka korban di United Kingdom kini sebanyak 45,455 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Peru, Iran dan Columbia pula berkongsi angka korban lebih 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Argentina dan Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000.