Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.65 juta kes diikuti Brazil dengan 11.69 juta kes dan India dengan lebih 11.47 juta kes.
Negara yang melebihi angka 4 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, manakala Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.
Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru dan Belanda pula catat lebih sejuta kes positif, manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Belgium, Sweden, Filipina dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.68 juta kes.
Ia selepas jumlah kematian harian meningkat kepada lebih 7,000 kes secara global.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 538,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 284,000 kes.
Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 60,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Iran.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga lebih 60,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Ukraine, Turki, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.