awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rwanda catat 7 lagi kes penyakit virus Marburg, jumlah kematian meningkat kepada 11

Bernama
Bernama
03/10/2024
21:05 MYT
Rwanda catat 7 lagi kes penyakit virus Marburg, jumlah kematian meningkat kepada 11
Sebelas kematian dilaporkan akibat virus Marburg di Rwanda setakat ini, sementara sekurang-kurangnya 25 orang sedang diasingkan dan menerima rawatan. - Foto X Kementerian Kesihatan Rwanda
KIGALI: Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian, menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu oleh Kementerian Kesihatan Rwanda, lapor Xinhua.
Jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini. Sekurang-kurangnya 25 orang sedang diasingkan dan menerima rawatan, kata kementerian itu.
Pihak berkuasa kesihatan pada minggu lepas berkata sehingga 300 individu sedang dipantau dengan teliti selepas mereka dikenal pasti sebagai kontak kepada kes virus Marburg yang disahkan sejak virus itu merebak di negara ini.
Kerajaan telah melarang lawatan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital dan menggantung lawatan bulanan kepada pelajar di sekolah berasrama sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan risiko penularan.
Kementerian kesihatan menasihatkan sesiapa yang mengalami gejala seperti demam tinggi, sakit kepala teruk, muntah, sakit otot, atau sakit perut supaya segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rwanda
#jangkitan
#virus Marburg
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan