awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global hampiri 263 juta, angka korban 5.2 juta

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2021
00:05 MYT
COVID-19: Kes positif global hampiri 263 juta, angka korban 5.2 juta
Petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke dalam ICU. - Foto AP
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 263 juta, berikutan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.6 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.
United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 266,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.2 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 780,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 469,000 kes dan Mexico lebih 293,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 271,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#kes positif
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan