JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 115 juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.8 juta kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 11.1 juta kes, manakala Brazil dengan 10.7 juta kes.

Russia dan United Kingdom pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.

Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.5 juta kes.

Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 519,316, diikuti Brazil dengan lebih 259,271 kes, manakala Mexico dan India masing-masing dengan 188,044 dan 157,435 kes.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 14,259 dan 98,974 kes kematian.