JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 159 juta kes susulan ratusan ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.8 juta kes.

Ia diikuti India dengan 23.34 juta kes dan Brazil (lebih 15.28 juta).

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes sambil Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif COVID-19 antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.32 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 583,000 kes.

Ini diikuti Bazil dengan lebih 425,000 kes, India (lebih 254,000) dan Mexico (lebih 219,000).

Sementara itu, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia, Dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.