awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'

Bernama
Bernama
07/01/2026
15:38 MYT
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Mark Rutte gesa sumbangan berterusan diberikan memandangkan keperluan mendesak yang dihadapi Ukraine ketika ia terus mempertahankan diri. - Bernama
BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte pada Rabu menyambut baik kemajuan mengenai "aspek praktikal bagi memastikan penamatan perang yang adil dan berkekalan di Ukraine," susulan mesyuarat Gabungan Negara Yang Rela di Paris, lapor Agensi Anadolu.
Rutte memuji Amerika Syarikat (AS) atas usahanya dalam mengejar keamanan serta komitmen sekutu untuk menyumbang kepada jaminan keselamatan, kata NATO dalam satu kenyataan.
Sambil menekankan sokongan berharga yang telah diberikan oleh sekutu dan rakan kongsi kepada Ukraine, beliau turut menggesa sumbangan berterusan diberikan memandangkan keperluan mendesak yang dihadapi Ukraine ketika ia terus mempertahankan diri daripada serangan Rusia, tambah kenyataan itu.
Dihoskan bersama oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Selasa, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada jaminan keselamatan dan sokongan untuk Ukraine serta menghimpunkan pemimpin dan pegawai kanan dari 35 negara, NATO, Kesatuan Eropah (EU) dan Ukraine.
Di Paris, Washington dan sekutu Eropahnya bersetuju untuk mewujudkan mekanisme pemantauan gencatan senjata bagi Ukraine di bawah kepimpinan AS sebagai sebahagian daripada rangka kerja jaminan keselamatan yang lebih luas bagi memastikan keamanan yang berkekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#Mark Rutte
#penamatan perang
#Ukraine
#Rusia
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan