JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 170.07 juta kes.

Ini berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.25 juta kes.

Ini diikuti India dengan 27.89 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.47 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Argentina, Jerman, Sepanyol dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.53 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 594,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 461,000 kes; India lebih 325,000 kes; Mexico lebih 223,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 50,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 kes diikuti Malaysia.

Singapura mencatat 33 kematian setakat ini.