awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 191.7 juta, korban 4.12 juta

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2021
21:44 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 191.7 juta, korban 4.12 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 191.7 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 191.7 juta.
Ini berikutan lebih empat ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.2 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.4 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom.
Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.98 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta.
Malaysia mencatat lebih 950,000 kes. manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 430,000 dan lebih 63,0000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.12 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 544,000 kes, India lebih 418,000 kes, Mexico lebih 236,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 77,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia lebih 7,000 kes.
Thailand dengan lebih 3,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#kes positif
#angka korban
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Indonesia
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan