awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025

Bernama
Bernama
02/01/2026
21:00 MYT
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
AKPS Rantau Panjang turut merekodkan sitaan dan rampasan barangan larangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM610,589 bagi tempoh Januari hingga Disember 2025. - Gambar fail
KOTA BHARU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merekodkan lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk individu melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sepanjang tahun lepas.
Timbalan Komander AKPS Rantau Panjang, Bakri Sulaiman berkata, daripada jumlah itu 853,553 orang direkodkan masuk ke negara ini manakala 931,659 orang keluar melalui pintu sempadan berkenaan.
"Jumlah pergerakan yang tinggi ini mencerminkan peranan penting AKPS Rantau Panjang sebagai antara pintu masuk utama negara, khususnya bagi pergerakan rentas sempadan Malaysia-Thailand," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, dari segi penguatkuasaan, 14 tangkapan telah dibuat sepanjang 2025 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen.
Bakri berkata, pada Mei 2025, enam individu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(i) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 manakala pada November lepas lapan lagi individu ditahan mengikut Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960.
Dalam tempoh sama, beliau berkata, AKPS Rantau Panjang turut mengeluarkan 166 Notis Penolakan Masuk terhadap individu yang gagal memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.
"Tindakan penolakan masuk ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara serta mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Selain itu, AKPS Rantau Panjang merekodkan sitaan dan rampasan barangan larangan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM610,589 bagi tempoh Januari hingga Disember 2025.
Bakri berkata, rampasan itu melibatkan kesalahan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Makanan 1983 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS Rantau Panjang
#pergerakan keluar masuk
#kenderaan
#Bakri Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan