JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 221.7 juta.
Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 40 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes.
United kingdom antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes selain Perancis, Rusia, dan Turki yang mencatat angka melebihi 6 juta kes.
Argentina mencatat kes melebihi 5 juta, manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan mencatat angka melebihi 4.1 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.1 juta, Malaysia 1.8 juta kes, Thailand dengan 1.3 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 68 ribu kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.58 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 648,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 583,000 kes, India lebih 441,000 kes, Mexico lebih 263,000 kes.
Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 133,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 137,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 18,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 13,000 angka korban.
Astro Awani
Tue Sep 07 2021
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 40 juta kes positif diikuti India dengan lebih 33 juta kes. -Reuters
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
1.7 juta penduduk Gaza terpaksa tinggalkan kediaman
Lebih 1.7 juta penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa melarikan diri sejak konflik Israel-Hamas meletus Oktober tahun lepas.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Hari Luka Palestin: Lebih 72,000 kecederaan dalam tempoh lima bulan
Angka kecederaan kalangan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Okt lepas.
8,900 wanita Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas.
Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel melepasi 30,000
Kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.
Seorang maut, kereta rempuh pelancong di Jepun
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pelancong di bandar Nara barat Jepun, Sputnik memetik laporan media Jepun.