JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 257.9 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 47.8 juta kes positif.

Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes, Thailand 2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 253,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.16 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 771,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 292,000 kes, sementara Rusia mencatat lebih 260,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 47,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.