JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 92.1 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. 

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 22 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.49 juta kes dan Brazil dengan 8.19 juta kes.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.43 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes ialah United Kingdom, sementara Perancis, Turki, Itali dan Sepanyol pula melebihi 2 juta kes.

Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Filipina, Switzerland, Sweden, Maghribi, Portugal, Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary dan Jordan.

Sejumlah 39 negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.